suria

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) mengadakan latihan menyelamat pada Rabu bagi menilai keberkesanan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dalam menangani kecemasan ketika pesawat mendarat.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang LTAKK, Sunif Naiman berkata latihan dari 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan turut memastikan semua agensi pengeoperasian di lapangan terbang bersedia menangani kecemasan secara berkesan.

"Menerusi latihan, kami berharap semua tindakan dapat berjalan sempurna dan selamat secara bersepadu. Penyelarasan dan komunikasi antara agensi akan diuji bagi penambahbaikan," katanya dalam satu kenyataan.

Latihan disertai lebih 800 kakitangan dari pelbagai agensi berkaitan.

LTAKK

Artikel Lain