suria

MCA Akan Terus Tentang RUU Hadi

PETALING JAYA: MCA akan terus menentang Rang Undang-Undang Persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa ia sebagai langkah untuk melaksanakan hudud di negara ini.

"Saya menegaskan bahawa MCA tidak menerima kenyataan bahawa Rang Undang-undang Persendirian Abdul Hadi adalah semata-mata untuk memperluaskan kuasa hukuman Mahkamah Syariah dan tidak ada kena mengena dengan enakmen hudud Kelantan," Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan menerusi kenyataan pada Khamis.

Selain itu Ong berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyatakan dengan jelas mengenai pendirian MCA sebelum ini - RUU Abdul Hadi adalah taktik pintu belakang untuk menyembunyikan pelaksanaan enakmen hudud PAS di negara ini.

"Bapa-bapa pengasas kita membina negara ini dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

"Asas-asas pembinaan negara untuk kaum dan kepercayaan yang berbeza adalah berdasarkan perpaduan dan keharmonian negara.

"Perlu ada satu undang-undang yang adil, saksama, konsisten dan seragam yang memenuhi keperluan penguatkuasaan dan hukuman," katanya.

Ong Ka Chuan, Hudud

Artikel Berikut

Artikel Lain