Ketua Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata Eko Pujiono sedang melakukan kerja-kerja pembersihan apabila sebuah kereta BMW merempuhnya awal pagi Sabtu.
Rempuhan itu telah menyebabkan dia tercampak dari lebuh raya bertingkat dan jatuh di bawah jambatan di sebatang sungai berhampiran stesen LRT Jelatek. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya diambil dan diserahkan kepada pihak polis kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dalam perkembangan lain, polis telah menyoal siasat seorang lelaki berusia 24 tahun mengenai kemalangan itu.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, lelaki itu sedang memandu laju apabila keretanya hilang kawalan dan merempuh penghadang konkrit di sebelah kiri jalan.
Eko yang sedang menyapu di atas bahu turut dirempuh oleh kereta BMW itu.