suria

Budak Perempuan 12 Tahun Hilang Selepas Keluar Bersama 'Rakan Online'

PASIR GUDANG: Seorang ibu tidak lena tidur sejak anak perempuannya berusia 12 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang lelaki yang dikenali secara dalam talian, dua hari lalu.

Lee Yih Loon, 37, berkata, anak perempuannya, Chang Xing Hui memberitahu akan meraikan sambutan awal ulang tahun bersama rakan-rakannya di sebuah kompleks membeli-belah di Johor Baru.

Katanya, Chang memberitahunya bahawa ibu kepada salah seorang rakannya akan membawanya ke kompleks berkenaan.

Dia turut menghubungi anak perempuannya semasa dalam perjalanan ke parti itu bagi memastikan keadaan semuanya selamat.

"Saya terkejut apabila terdengar suara lelaki semasa bercakap dengan anak perempuan saya dan mula merasakan sesuatu yang tidak kena," kata Lee pada sidang media yang dianjurkan oleh Pengerusi MCA Bahagian Permas Selatan, Shium Chan Teck di sini, Isnin.

"Saya bimbang dengan keselamatannya dan saya mengesyaki dia berkawan dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang hanya dikenali sebagai Yi di Facebook," kata Lee.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ia akan disiasat sebagai kes orang hilang.

Lee Yih Loon, Chang Xing Hui

Artikel Lain