Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Syarina Shaarani @ Tan mengeluarkan perintah reman tersebut ke atas suspek lelaki yang berusia 56 tahun itu.
Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Terdahulu suspek yang memakai kemeja-T berwarna oren tertera 'Lokap SPRM' tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini dibawa pegawai SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi.
Pada Isnin, tiga penjawat awam - dua daripadanya masing-masing bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.