Nor Hisham Ya'acob@Yacob, 42, didakwa dengan curangnya memperdayakan Koh Peng Seng, 57, untuk menguruskan proses pembaharuan dan pendaftaran permit kerja warganegara Bangladesh sehingga mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing RM20,000 dan RM3,000 pada 20 dan 29 Ogos, tahun lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memperdayakan mangsa sama untuk menguruskan proses pembaharuan dan pendaftaran permit kerja warganegara China sehingga mangsa menyerahkan sekeping cek tunai berjumlah RM2,000 pada 9 Sept tahun lalu.
Dia juga didakwa atas kesalahan sama bagi permit kerja warganegara Thailand yang mendorong mangsa menyerahkan sekeping cek berjumlah RM10,050 pada 11 Sept 2015.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes.