suria

Anak Sakit, Athiah Tak Dapat Sambut Kepulangann Azizulhasni

Amna Khadeeja terpaksa dimasukkan semula ke wad pada Jumaat kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

SEPANG: Isteri jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abd Samat terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut kepulangan suami tercinta kerana anak kedua mereka, Amna Khadeeja dimasukkan ke hospital akibat demam.

Athiah menerusi laman Instagram (IG) miliknya mengakui akur dengan ketentuan Allah walaupun dia mahu menyambut kepulangan suami bersama dua anak mereka.

"KD (Amna Khadeeja) dimasukkan ke wad pada Rabu akibat pneumonia. Saya minta Paed (doktor) untuk membenarkan Khadeeja keluar hospital bagi menyambut kepulangan Abbi bersama-sama.

"Namun Allah ada perancangan yang lebih bagus, KD nampak lemah pagi ini dan saya terus menghantarkannya ke wad kecemasan. Dia dimasukkan semula ke wad.

"Saya sedih melihat keadaannya dan semoga Allah menyembuhkan kesakitannya. Saya sayang anda @amnakhadeeja. Terus kuat sayangku," tulis Athiah di IG miliknya.

Menurut Athiah, anak keduanya itu baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital KPJ petang Khamis tetapi terpaksa dimasukkan semula ke wad kecemasan di Hospital Pantai Ipoh pada Jumaat.

Kepulangan Azizulhasni disambut bak wira susulan kejayaan menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Pesawat yang dinaiki Azizulhasni tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang  Jumaat terlebih dahulu diraikan dengan upacara "water salute" di parking bay C26.

Beberapa penyokong Azizulhasni yang turut dikenali dengan gelaran The Rocket Pocket Man itu berada di balai ketibaan menanti jaguh negara tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain