suria

Pantau Detak Jantung Anda Semasa Aksi Final Badminton

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia sudah tentunya berdebar-debar menanti penentuan final acara perseorangan badminton lelaki melibatkan Datuk Lee Chong Wei pada malam Sabtu.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan berunsur nasihat mengenai penjagaan kardiovaskular menjelang aksi penting itu yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya pagi Sabtu.

Dalam kenyataan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan supaya memeriksa tekanan darah dan memantau denyutan nadi semasa perlawanan itu.

"Rakyat Malaysia terutamanya warga emas, sila buat persediaan berikut apabila anda menyaksikan Malaysia bersaing merebut EMAS," demikian menurut kenyataan itu.

Penonton turut diingatkan agar berada dekat dengan kemudahan telefon bagi menghubungi 999 sekiranya berlakunya kecemasan.

Pada malam Jumaat, Chong Wei menumpaskan seteru dari China, Lin Dan dalam aksi separuh akhir yang penuh epik.

Beliau menang 15-21, 21-11, 22-20 dalam masa 79 minit untuk mara ke final bertemu Chen Long pada malam Sabtu.

Namun, kenyataan itu bagaimanapun sudah ditarik balik.

Artikel Lain