suria

Warga Emas Meninggal Semasa Tonton Chong Wei Menentang Lin Dan

IPOH: Seorang warga emas meninggal dunia semasa menonton perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika mengesahkan perkara itu berkata mangsa dikenali sebagai Lum Wah Wong, 64, dari Papan di sini.

"Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Difahamkan Lum yang menonton di rumah kakaknya bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat 20-20 pada set penentuan sebelum dia tiba-tiba jatuh dan meninggal kira-kira 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan berkata mangsa mempunyai masalah jantung.

"Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung," katanya.

Chong Wei, Lin Dan, Badminton

Artikel Lain