suria

Mayat Lelaki Dengan Kesan Melecur Di Tepi Jalan Sim-Sim

- Gambar hiasan
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki dengan kesan melecur seluruh badan ditemukan dalam semak di tepi jalan Buli Sim-Sim berhampiran Taman Grandview dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemukan seorang lelaki pada kira-kira 1.43 tengah hari.

Katanya pemeriksaan lanjut polis ke atas mayat di tempat kejadian mendapati tiada kesan luka atau kecederaan dan hanyalah kesan melecur akibat terbakar.

Mayat dihantar ke hospital di sini untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok, katanya.

Menurutnya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Zabidi berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Jinggo AK Punan di talian 0168383824.
mayat melecur, Taman Grandview

Artikel Lain