Ketua Polis Daerah Papas, DSP George Abd Rakman berkata mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh seorang pekerja di kedai berkenaan.
"Siasatan awal mendapati ketika mayat bayi itu ditemui, pekerja itu berada di tandas yang terletak berhampiran pembuangan sampah berkenaan telah ternampak asap dan satu objek seperti anak patung.
"Curiga dengan apa yang dilihatnya, pekerja berkenaan kemudiannya meneliti lebih dekat dan mendapati ianya adalah mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah yang masih lagi berasap," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Alif Mohd Razali melalui talian 088-912222 bagi membantu siasatan.