PROTON Persona generasi ke-2 yang dilancarkan pada Selasa menerima respons positif daripada orang ramai.
Rata-rata peminat automotif memuji model baharu Proton Persona kerana dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh.
Selain itu juga, ia turut menerima penarafan 5 bintang daripada Asean NCAP untuk ke semua variannya.
Ikuti reaksi orang ramai mengenai model terbaharu kereta nasional itu menerusi laporan yang disediakan Muhammad Adnan untuk mstar TV.