JIKA sebelum ini warga kota mengimbau kenangan membaca komik dan menonton kartun Kampung Boy di televisyen, kini memori dapat dirakam dengan arca karakter popular itu. Kartun yang dihasilkan Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat kini ditempatkan di Laluan Jejak Warisan 2 di ibu negara. Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar TV, Muhammad Adnan.