Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata siasatan terhadap suspek berumur 26 tahun itu dijalankan dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan punca dan motif kejadian berkenaan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi.
Dalam kejadian pada awal pagi semalam, Hassan A.Wahab, 70, isterinya Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22 ditemui mati dipercayai dibunuh manakala dua lagi anak mereka Noor Hazlinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera.
Seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada Mariah, Siti Khatijah Muhammad berusia 70-an turut dirawat di Hospital Melaka.