suria

BR1M Bukan Seperti Dedak, Kata Najib

Najib memeriksa perbarisan sempena perasmian Persidangan UMNO Zon 1 meliputi Sipitang, Beaufort, Kimanis dan Papar pada Ahad. Foto Bernama

BEAUFORT: Pendekatan Malaysia dalam menangani isu-isu sosial seperti membantu golongan miskin mendapat perhatian antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, skim seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disifatkan oleh 35 pakar ekonomi dari United Kingdom sebagai efektif dalam membantu golongan miskin.

"BR1M tidak seperti dedak sebagaimana didakwa segelintir pihak," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Zon 1 meliputi Sipitang, Beaufort, Kimanis dan Papar pada Ahad.

Najib berkata, keputusan untuk memberi bantuan itu bukan sahaja diputuskan beliau seorang tetapi Kabinet dan disokong oleh Majlis Tertinggi Umno.

BR1M, dedak

Artikel Berikut

Artikel Lain