PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan mengeluarkan notis yang mendakwa bahawa sekolah di beberapa negeri akan ditutup pada Selasa disebabkan jerebu. Notis itu yang bertarikh Isnin dan mempunyai logo kementerian telah tersebar luas di media sosial. Ia menyatakan bahawa sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan bahagiam Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan ditutup pada Selasa kerana mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. "Saya menafikan yang Kementerian Pendidikan ada mengeluarkan kenyataan media ini," Mahdzir menulis di laman Facebooknya, petang Isnin.