JIKA selama ini isu bajet menjadi penghalang, kini impian anda untuk terbang di awan biru menaiki helikopter mampu menjadi kenyataan. Datang sahaja ke Titiwangsa Helipad, juruterbang dan kru Cempaka Helicopters, melalui KL Sky Tour bersedia menerbangkan anda ke awan biru dengan beberapa pakej menarik berdasarkan tempoh masa penerbangan. Dengan harga bermula RM198 untuk tempoh enam minit menerusi pakej KL Express, penumpang sempat meninjau beberapa lokasi lain yang sinonim dengan Kuala Lumpur seperti Dataran Merdeka, Stadium Negara dan Menara Kuala Lumpur.