suria

Jagdeep: Lapor Polis Jika Jadi Mangsa

Jagdeep Singh Deo

GEORGE TOWN: Pemohon skim perumahan awam di negeri ini yang merasakan mereka dianiaya perlu membuat laporan polis bagi menuntut keadilan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, isu bayaran untuk mendapatkan perumahan awam tidak timbul.

"Saya ingin menegaskan bahawa proses pemilihan untuk mendapatkan perumahan awam adalah satu yang sangat teliti dan ketat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan individu yang mendakwa mereka boleh memintas proses ini.

"Jika ada pertanyaan apa pun, mereka dinasihatkan untuk berkomunikasi secara langsung atau dengan mana-mana pegawai saya," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Satu klip video yang menunjukkan bapa Adun DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim yang didakwa meminta rasuah untuk membantu mendapatkan unit rumah kos rendah di negeri ini telah tersebar luas selepas ia disiarkan di media sosial.

Klip berdurasi lima minit dan 20 saat dengan sari kata Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia itu dipercayai telah disiarkan di laman Facebook pada Ahad.

Artikel Lain