suria

Bayi Lelaki Bertali Pusat Ditemui Di Dalam Longkang

Bayi lelaki yang hidup dan bertali pusat ditemui di dalam sebuah kotak dan diletakkan di dalam longkang pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tidak menyangka salakan anjing di luar rumahnya membawa kepada penemuan bayi lelaki yang masih hidup dalam sebuah kotak di dalam longkang di Jalan Jinjang Selatan Tambahan, di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata bayi yang masih bertali pusat serta uri dipercayai dibuang di dalam longkang kira-kira 10 meter dari rumah setinggan yang diduduki remaja berkenaan pada pukul 10.58 pagi.

"Sewaktu di luar rumah, remaja berkenaan mengikuti anjing miliknya sebelum menemui bayi tanpa pakaian sedang menangis di dalam sebuah kotak.

"Remaja lelaki itu kemudiannya memaklumkan pihak polis berhubung kejadian itu," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Munusamy berkata susulan itu, bayi lelaki itu tersebut dimasukkan ke wad rawatan rapi di Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 03-40400781/782 untuk membantu siasatan. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain