suria

Cadangan Roboh Arca Helang Kawi Gergasi Cetus Kemarahan

GEORGE TOWN: Sebuah laporan yang mendakwa arca helang Kawi gergasi di Langkawi adalah haram dan perlu dirobohkan benar-benar mengecewakan netizen.

Artikel tersebut yang disiarkan sebuah portal berita Bahasa Inggeris di laman Facebooknya mendapat kira-kira 1,000 komen dengan kebanyakan menyatakan rasa kecewa dan mengkritik cadangan tersebut.

Portal itu memetik Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin sebagai berkata kerajaan negeri akan berunding dengan majlis fatwa jika terdapat gesaan untuk merobohkan arca helang Kawi di Dataran Lang.

Marwazi dilaporkan sebagai berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai cadangan tersebut di kolumnya dalam sebuah akhbar harian Bahasa Melayu.

Dalam kolum itu, Zamri berkata pembinaan arca itu adalah haram dan ia perlu dirobohkan.

Salah seorang pengguna Facebook, Ahmad Hassan berkata: 'Ini bukan patung agama."

"Agak sukar apabila anda mempunyai pemikiran radikal... Mungkin ini sebab mengapa kebanyakan orang mahu agama dipisahkan daripada negeri."

Albert Lim berkata Tugu Negara di Kuala Lumpur juga perlu dirobohkan jika pemikiran sama digunapakai.

Ketika dihubungi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad enggan memberikan sebarang komen dan berkata isu sama telah timbul beberapa tahun lalu.



Artikel Lain