suria

Bapa Adun Rasuah Harus Kena Tindakan - Wan Azizah

PERMATANG PAUH: Tindakan harus dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersalah berhubung dakwaan bahawa bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP terbabit dalam rasuah melibatkan satu kes mendapatkan rumah kos rendah, kata presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, skala dakwaan rasuah yang melibatkan bapa Adun ini tidak sebesar kes di peringkat persekutuan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita tidak perlu berselindung apa-apa, kalau salah, salah lah tetapi kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan terhadap isu rasuah yang lebih besar berbanding di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Permatang Pauh di sini, Ahad. 

Katanya, biar siasatan dilakukan terhadap mana-mana pihak yang dituduh dan sekiranya didapati bersalah, tindakan harus dikenakan. 

Jumaat lepas, bapa ADUN berkenaan direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes berkenaan. -- Bernama


Wan Azizah Wan Ismail, Adun, DAP

Artikel Lain