Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan pusat komited mengamalkan kesederhanaan dan kepelbagaian budaya di negara ini.
Beliau berkata sebarang langkah untuk merobohkan patung helang ikonik di Pulau Langkawi mesti dihentikan.
Pada Jumaat, timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pembinaan arca itu adalah haram dan ia perlu dirobohkan.
Tiong Lai berkata Kedah berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang menyokong kesederhanaan dan tidak percaya dengan 'cara Taliban'.
Beliau berkata ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999, perkara pertama ketika itu yang dilakukan Menteri Besar Datuk Seri Hadi Awang adalah merobohkan replika penyu di sebuah bulatan di Kuala Terengganu, menggunakan hujah yang sama.
"Begitu juga, apabila PAS mengambil alih Kelantan, parti itu mengubah nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan," katanya.
Katanya, walaupun semua peraturan ketat di Kelantan PAS tetap mempunyai masalah di Kelantan seperti AIDS dan penyalahgunaan dadah.