suria

Hujan, Bekalan Elektrik Terputus Punca Kelewatan Di Waktu Puncak

PETALING JAYA: Bekalan elektrik terputus di aliran Kelana Jaya dari Masjid Jamek ke Ampang Park menyebabkan pengguna perkhidmatan itu lewat untuk ke tempat kerja pada Rabu.

Hujan pada awal pagi turut tidak membantu sama sekali. Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan kelewatan kira-kira 30 minit di sekitar Lembah Klang.

Kebanyakan stesen utama di sepanjang aliran itu sesak dengan penumpang selepas pengguna jalan raya membuat keputusan untuk meletak kenderaan mereka dan menaiki tren.

Namun mereka hanya mendapati stesen tersebut sesak dengan penumpang.

RapidKL berkata mereka menyediakan bas untuk membawa penumpang dari stesen yang terjejas.

Menurut RapidKL, setakat pukul 8,50 pagi, bekalan elektrik kembali pulih antara Setiawangsa menuju ke Damai.

"Pasukan kami sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik di semua aliran," katanya.

Bagi mereka yang terperangkap di stesen itu dan memulih untuk menggunakan pengangkutan alternatif boleh mendapatkan kupon bayaran balik bagi tambang yang sudah dibayar, kata RapidKL.

Ia turut menasihatkan penumpang supaya menggunakan bas ulang alik dengan nombor pendaftaran WB 480 G dan WVN 5644 dari Masjid Jamek menuju ke LRT Dato Keramat.

Laluan bas tersebut adalah Jalan Ampang-Dang Wangi-KLCC-Ampang Park-Jln Jelated-Dato Keramat.

Sementara itu, laluan Lapangan Terbang Subang mengalami kelewatan selama satu jam dari Citta Mall menuju ke Lebuhraya Persekutuan akibat kemalangan yang dilaporkan di laluan berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain