"Bekalan kuasa elektrik oleh TNB bagi landasan itu berada dalam keadaan baik. Diharap, penjelasan ini dapat menghapuskan segala salah faham yang mungkin timbul tentang gangguan bekalan kuasa itu," kata TNB dalam kenyataan, Rabu.
Awal pagi ini, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen akibat masalah yang dialami sistem isyarat dan komunikasi, yang melambatkan perjalanan tren LRT di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi.
Ketua Pegawai Operasi LRT Kelana Jaya Ismail Abdullah berkata masalah itu memaksa RapidKL "menutup kuasa pada landasan" di beberapa stesen di pusat bandar raya untuk menangani keadaan yang berlaku pada kira-kira 7 pagi itu.
"Bas digunakan untuk mengangkut pengguna yang memerlukan perkhidmatan alternatif dari stesen LRT Sri Rampai ke pusat bandar raya antara KLCC dan pusat bandar raya," kata Ismail dalam kenyataan kepada Bernama.
Perkhidmatan tren kembali seperti biasa bagi stesen arah utara dan selatan pada kira-kira 1.15 tengah hari.