PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini membebaskan seorang pengarah urusan syarikat penerbitan daripada tahanan reman berhubung siasatan penyelewengan dana bernilai hampir RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 40 tahun itu dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengemukakan permohonan melanjutkan reman.
Menurut jurucakap SPRM, pengarah urusan syarikat berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki itu bagi tempoh tujuh hari bermula 28 Ogos lepas dan disambung lima hari lagi sehingga Khamis.-- Bernama