Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad berkata mayat ditemukan kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian.
Kira-kira 4.30 pagi tadi, pihak bomba menemukan mayat Mohamad Amirul Rosman, 18, iaitu sepupu kepada Mohammad Isma Daniel.
Kedua-duanya lemas ketika mandi di sungai berkenaan petang semalam.
Katanya kejadian berlaku sangat pantas dengan mereka hanya mampu melihat kedua-duanya tenggelam dibawa arus deras.
"Pada mulanya Mohammad Isma Daniel dihanyut arus dan Mohamad Amirul cuba membantunya namun dia juga turut tenggelam.
"Seorang lagi adik saya cuba membantu kedua-dua mereka, namun tidak berjaya dan mujur juga kami sempat menarik tangannya, jika tidak beliau juga mungkin dibawa arus," katanya.