suria

Pengedar Dadah Ditahan Di Pusat Beli-Belah

Asisten Komisioner M. Chandra bersama pegawai polis lain menunjukkan barangan yang dirampas.

KOTA KINABALU: Dua individu disyaki pengedar dadah ditahan polis semasa menunggu pelanggan mereka di sebuah restoran di pusat beli belah 1Borneo.

Suspek merupakan seorang wanita berusia 32 tahun bersama adik iparnya, 23, ditahan selepas sepasukan polis melakukan pemeriksaan terhadap barangan yang dibawa mereka.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, bekas plastik kecil yang digunakan untuk membawa dadah dipercayai jenis syabu ditemui di dalam beg tangan wanita terbabit semasa pemeriksaan itu yang dilakukan pada pukul 2.30 petang, 9 September lalu.

Dadah seberat 301.5 gram yang bernilai kira-kira RM42,000 itu turut dirampas.

"Kedua-dua suspek yang merupakan rakyat asing ditahan sehingga 16 September ini di bawah Akta Dadah Berbahaya untuk siasatan lanjut" kata Chandra.

Bagaimanapun, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek adalah negatif.

syabu, 1Borneo

Artikel Sebelum

Artikel Lain