KESANGGUPAN seseorang menghabiskan masa muda atau remaja mereka di sekolah tahfiz adalah satu pengorbanan besar.
Tidak semua anak muda sanggup melalui pengorbanan besar ke jalan Islam ini , seterusnya berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia seawal tujuh tahun yang biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima tahun.
Bagi yang memilih untuk menghafaz al-Quran secara sepenuh masa, mereka perlu melakukan satu lagi pengorbanan iaitu meninggalkan bidang akademik dan sistem persekolahan biasa.
Ikuti temubual mStar Online bersama Pengasas/Mudir Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah, Jeram, Mohammad Fetri Abu Naem dan pelajarnya.