suria

16 Jam Bertarung Nyawa, Ibu Gembira Lahirkan Anak Pada Hari Malaysia

ANAK MALAYSIA ... Antara bayi yang dilahirkan pada Jumaat sempena Sambutan Hari Malaysia ketika tinjuan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Seramai 29 bayi yang dilahirkan di HKL sehingga 12 tengah hari Jumaat. -fotoBERNAMA

IPOH: Keperitan bertarung nyawa hampir 16 jam di dalam dewan bersalin akhirnya terubat apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan selamat dilahirkan.

Selain itu, Ainaa Marina Zubir, 29, dari Tambun di sini, berasa gembira kerana bayi lelakinya itu dilahirkan pada 16 September bersamaan Hari Malaysia.

Menurutnya beliau dijadual bersalin anak keduanya itu pada 17 September tetapi kerana air ketubannya kurang, pihak hospital menasihatinya menjalani pembedahan hari ini.

"Saya masuk dewan bersalin kira-kira 4.30 petang semalam (Khamis) dan selamatkan melahirkan anak kira-kira 8.27 pagi Jumaat.

"Walaupun sakit tapi seronok kerana bayi selamat dan lahir pada hari yang istimewa," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hospital swasta di sini, Jumaat.

Sementara itu, Puteri Nabila Ab Razak, 23, gembira kerana selamat melahirkan anak keduanya dengan selamat tengah malam tadi, juga pada Hari Malaysia.

Beliau bersyukur kerana bayi lelakinya seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal pada 12.06 malam tadi.

"Saya harapkan anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh dan dapat berjasa kepada keluarga, agama dan negara," katanya yang sepatutnya bersalin pada 23 September ini. - BERNAMA

Anak Malaysia, Hari Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan