suria

Nenek Sedih Kad Hari Jadi Pemberian Cucu Rosak Akibat Ribut

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut di Bentong, Sabtu. -fotoTHESTAR
BENTONG: Sekeping kad hari jadi mungkin berharga kurang dari RM3, tetapi ia begitu berharga bagi seorang nenek, Jamilah Mohd Jamal.

Kad itu diberikan oleh cucunya yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit jantung kepada beliau pada hari lahirnya yang ke-40, lima tahun lalu.

Tetapi hadiah berharga itu rosak dalam kejadian ribut, di mana angin kencang telah menerbangkan bumbung rumahnya di sini Julai lalu.


"Ia berlaku begitu pantas, saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa.

"Tetapi apa paling menyedihkan saya apabila kad hari jadi itu basah dan koyak.

"Cucu saya sedang bertarung nyawa di hospital apabila dia menulis kad itu untuk saya dan ia adalah hadiah paling berharga yang pernah saya terima," kata suri rumah berusia 45 tahun itu.

Apabila beliau memberitahu cucunya tentang kad itu, cucunya yang kini sedang bersekolah tadika telah memujuk beliau, berjanji bahawa dia akan memberikan lebih banyak hadiah pada hari lahir neneknya yang akan datang.

Jamilah adalah antara kira-kira 280 mangsa yang menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu untuk membaiki rumah yang rosak akibat ribut.

Masing-masing menerima sumbangan RM200. Mereka sebelum ini telah diberikan RM400 setiap seorang oleh kerajaan negeri Pahang.

"Terima kasih Datuk Seri atas keprihatinan anda, sekarang saya boleh membaiki bumbung rumah saya," kata Jamilah, sambil menambah bumbungnya masih tidak dibaiki kerana tidak mempunyai wang tambahan untuk melakukannya.

Tiong Lai, yang juga Presiden MCA, berharap bantuan kecil itu akan membantu meringankan beban kewangan mangsa.

Katanya beliau sentiasa berhasrat untuk melihat rakyat hidup bahagia dan harmoni.

Artikel Lain