suria

Mahathir-Anwar Senada Tolak MKN

PETALING JAYA: Susulan pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 September lalu, kedua-dua seteru politik itu kini mula menjalin kerjasama.

Dr Mahathir dan Anwar akhirnya menemui titik persamaan apabila mereka menandatangani kenyataan media bersama bagi menolak Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Kenyataan media yang ditandatangani Dr Mahathir dan Anwar.

Kenyataan media empat perenggan yang diedarkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil itu antara lain menyatakan bahawa akta MKN telah mengenepikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalm isu keselamatan dan kebebasan rakyat.

"Oleh kerana krisis negara, kami bersama dengan rakyat menentang akta ini serta membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat bagi memajukan negara tercinta kita ini," kata mereka menerusi kenyataan itu pada Isnin.

Pada 5 September lalu, Dr Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi memberi sokongan kepada Anwar berhubung kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Kedua-dua mereka bersalaman buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri.

Artikel Berikut

Artikel Lain