Beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan amalan yang berlaku sebelum ini sejak Majlis Syura Ulama dan jawatan tersebut diwujudkan.
"Mengikut sejarah, sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am PAS, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.
"Malah, setakat ini kita tidak mendengar nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
"Setakat ini kita belum mendapat tarikh bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Timbalan Mursyidul Am (Ahmad)," katanya.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat lepas (waktu Malaysia) di Stanford University Hospital di San Francisco, akibat komplikasi jantung.
Mengenai kenyataan anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Haron, Takiyuddin berkata PAS menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan.