Empat yang ditembak itu dipercayai suspek rompakan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada pukul 10.30 malam.
Forensik polis dilihat menyiasat tempat kejadian sehingga lewat malam dan taklimat media mengenai kejadian itu dijangka diadakan pada Jumaat.