suria

Tangkap Ali Tinju, Ikat Jamin, Bukti Polis Tidak Pilih Kasih

Tan Sri Khalid Abu Bakar
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak bersikap pilih kasih terhadap Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, yang didakwa mengugut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis telah menangkap Ali Tinju dan bagi membantu siasatan kerana ugutan jenayah, dan kemudian bekas tentera itu dilepaskan dengan ikat jamin.

“Kami menahannya dan membebaskannya dengan ikan jamin. Ini sama dengan Jeff Ooi. Mereka tertakluk kepada tindakan yang sama,” katanya.

“Ketika pihak kami memanggil Ali Tinju untuk memberikan kenyataan, dengan segera hadir. Kami memanggilnya pada pukul 8.00 pagi dan dia tiba pada pukul 8.30 pagi.

“Dia menyerah diri, kami menahannya dan merakamkan kenyataannya sebelum dia dilepaskan dengan ikat jamin. Begitu juga dengan Jeff Ooi dan lain-lain.

“Jangan cuba membuat tuduhan kami pilih kasih dan jangan buat tuduhan tidak berasas,” jelas Khalid.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Felda Ulu Penggeli Raih RM1 Juta

Artikel Lain