suria

Lebih 2,000 Sertai Kayuhan Ria Minggu 1Aman

Peserta Fun Ride sempena Minggu 1Aman NBOS Karnival Komuniti Polis di Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman, Sabtu.

PUTRAJAYA: Lebih 2,000 membanjiri Dataran Putrajaya di sini bagi menyertai Kayuhan Ria Keselamatan Komuniti, acara sempena Minggu 1Aman yang dianjurkan Polis Diraja Malaysia.

Acara kayuhan santai itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu lima kilometer (km), 15 km dan 35 km.

Peserta dilepaskan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Jenayah, Datuk Rusli Ahmad sekitar 8.30 pagi, Sabtu. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) jabatan itu, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kayuhan ini dilakukan untuk merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat.

“Ini bukanlah satu pertandingan. Ia hanya untuk suka-suka bagi semua orang terhibur,” katanya.

Beliau berkata, kayuhan ini juga meningkatkan kesedaran mengenai kaedah membasmi jenayah dan peranan komuniti untuk menangani jenayah bersama pihak polis.

Program  selama tiga hari itu berlangsung sehingga Ahad di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Karnival yang bertemakan Polis dan Masyarakat Tidak Dapat Dipisahkan ini adalah antara program menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Star Media Group adalah media rasmi bagi program Minggu  1Aman.



Minggu 1Aman, PICC, Dataran Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kediaman Mewah, Pemikiran Cetek

Artikel Lain