KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bersama dua anaknya, masing-masing berusia tiga dan enam tahun, ditemukan mati di sebuah pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut pada Isnin. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dibungkus dalam plastik secara berasingan serta ditutup dengan beg plastik besar di dalam sebuah bilik. Mayat bapa mereka ditemukan terbaring di atas lantai di ruang bilik utama rumah mereka kira-kira 12.30 tengah hari. "Kesemua mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga hari dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh," katanya tanpa mengulas lanjut identiti mangsa.