suria

Adik-Beradik 'Muktadil Brothers' Ditembak Mati

Nixon (kiri) dan Brown maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada Selasa.

KOTA KINABALU: Dua lagi baki penggerak utama kumpulan Muktadil Brothers yang bertanggungjawab melakukan hampir puluhan kegiatan penculikan di perairan Sabah ditembak mati pihak berkuasa Filipina dalam insiden berbalas tembakan di Sulu.

Sumber perisikan Filipina berkata adik-beradik itu, Nixon dan Brown maut akibat terkena tembakan selepas mereka cuba melarikan diri daripada tahanan pihak berkuasa kira-kira pukul 5 pagi Selasa dekat majlis perbandaran Pata di wilayah Sulu.

Menurut sumber perisikan Filipina, pasangan itu merampas pistol anggota keselamatan yang mengiringi mereka dan melepaskan tembakan ke arah askar terbabit.

Pasangan adik-beradik itu terbunuh apabila tentera membalas tembakan dalam insiden tersebut.

Tiada sebarang kecederaan membabitkan anggota tentera dilaporkan dalam insiden berbalas tembakan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.


Muktadil Brothers, Sulu, culik

Artikel Berikut

Jawatan PM: Anwar Pilihan Pakatan

Artikel Lain