suria

Nenek 92 Tahun Tarik Nafas Lega Di Rumah Baharu

Mesmah bersama anggota sukarelawan yang membantu membina kediaman baharu untuknya.

SIMPANG RENGGAM: Selain tahap kesihatan yang lemah dan masalah penglihatan, nenek berusia 92 tahun, Mesmah Abdul Ghani menaggung derita sejak beberapa tahun menjalani kehidupan hariannya di rumah yang terletak di atas tanah tidak rata di Kampung Shari, di sini.

Walau bagaimanapun kebimbangannya kini berakhir selepas Pertubuhan Ihsan Johor (Ihsan) tampil untuk membina sebuah rumah baharu untuknya.

Rumah tiga bilik tidur dengan bilik mandi, dapur dan ruang tamu telah dibina di sebelah rumah lama Mesmah.

Mesmah berkata dia berhadapan masalah terutamanya selepas masalah katarak sejak beberapa tahun yang lalu.

Sambil berterima kasih kepada Ihsan, Mesmah berkata dengan rumah baharu itu, dia boleh bergerak dengan lebih mudah tanpa rasa takut.

Mesmah yang tinggal di kampung itu sejak 58 tahun yang lalu berkata arwah suaminya membeli tanah tersebut selepas berpindah ke sini dari Melaka untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Beliau berkata dua cucunya akan tinggal dengannya di rumah baharu itu.

Sekumpulan 40 sukarelawan Ihsan mengambil masa selama tiga hari untuk membina rumah baru Mesmah ini.

Rumah berkenaan adalah yang pertama dibina di bawah inisiatif Ihsan kerajaan negeri yang bertujuan untuk membina 10 lagi rumah untuk keluarga miskin dan kurang bernasib baik tegar terpilih di negeri ini menjelang akhir tahun.

Sementara itu Adun Kukup, Suhaimi Salleh berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan Johor untuk menaik taraf hidup rakyat dan mengurangkan kemiskinan.

Artikel Sebelum

Berbangga Dengan Kepelbagaian

Artikel Berikut

Artikel Lain