suria

Pemimpin Adil Lebih Penting - Dr. Asri

PETALING JAYA: Seorang pemimpin yang adil lebih penting berbanding pemimpin yang petah berbahasa Inggeris, kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin.

Menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook, Asro berkata, walaupun Bahasa Inggeris mempunyai kepentingan di peringkat antarabangsa, tetapi dalam konteks di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan rukun bagi seorang pemimpin.

Jelasnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa negara ini tetapi malangnya ramai pemimpin politik di Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu.

"Ironinya, tidak pula kita mengkritik bersungguh-sungguh.

"Malu jika kita mendengar ucapan pemimpin utama Singapura dalam Bahasa Melayu yang sangat tersusun dan teratur," ujarnya.

Kenyataan Asri itu dipercaya merujuk kepada kritikan segelintir pihak terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang tersalah sebut ketika menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu.

Menurut Asri, rukun utama bagi seorang pemimpin adalah kemampuan melaksanakan keadilan untuk rakyat bawahan.

Dengan memberi contoh berdasarkan riwayat ahli sejarah, Asri berkata, Khalifah ketiga iaitu Uthman bin Afffan ketika dilantik, beliau gagal memberi ucapan yang baik pada hari pelantikannya.

"Beliau (Uthman) gugup dan tidak dapat memberi ucapan yang hebat, mungkin disebabkan fakot dirinya yang pemalu.

"Tetapi beliau sempat memberi ungkapan yang bermakna untuk kita renungi iaitu 'Sesungguhnya kamu memerlukan seorang pemimpin yang adil lebih utama dari seorang pemidato yang fasih'," kata Asri.


Asri Zainul Abidin, Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain