suria

Seorang Remaja Maut, Dua Lagi Cedera Nahas Di Jalan Loke Yew

Kereta Perodua Myvi yang dipandu Kamarul Zamri remuk teruk dalam kemalangan yang mengorbankannya di Jalan Loke Yew, Rabu malam.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang tanda di Jalan Loke Yew, Rabu malam.

Dalam kejadian itu, Khairul Zamri Khairul Adnan, 19 memandu dari Cheras ke Jalan Hang Tuan apabila hilang kawalan ketika cuba memotong kereta di depannya.

Pegawai Perhubungan Perundangan dan Siasatan Trafik Bandaraya, Deputi Superitendan Shafie Daud berkata, Myvi itu merempuh tiang tanda di kiri jalan.

Remaja yang tersepit antara tempat duduk pemandu dan bumbung kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penumpang yang dikenali sebagai Muhamad Azril dan Mohd Ridzuan, masing-masing juga berusia 19 tahun cedera di perut dan bahu.

Mereka dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.

Ketua Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandaraya, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan 15 anggota tiba di lokasi kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan pada 8.55 malam.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (10) Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memandu secara cuai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain