suria

PDRM Umum Pertukaran Jawatan 10 Pegawai Kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan penyelarasan 10 pegawai kanannya, berkuat kuasa pada Sabtu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad, dalam kenyataan malam ini, berkata Datuk A. Thaiveegan akan memangku pangkat Komisioner Polisw (CP) dengan mengekalkan jawatan sama sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Katanya Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Azham Othman ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polism (DCP).

Beliau turut memaklumkan Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Kang Chez Chiang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi) dengan memangku pangkat DCP.

Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ACP Zulkifli Ali pula ditukar ke Bukit Aman dengan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Turut bertukar, Ketua JSJK IPK Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany sebagai Ketua Penolong D5 Pendakwaan dan Undang-undang, JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Asmawati berkata Pegawai Turus E6B, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Ahmad Fawzan Mohamed bertukar sebagai Penolong Pengarah Siasatan Perisikan dan Analisis/Tatacara Perundangan (E6) Cawangan Khas juga memangku pangkat SAC.

Tempat Ahmad Fawzan diambil alih Supt E6E1, Cawangan Khas Bukit Aman, Supt Mohd Zahari Sidik dengan memangku pangkat ACP.

Timbalan Ketua JSJK (Jenayah Korporat dan Kewangan) IPK Selangor, Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah bertukar ke IPK Kuala Lumpur dengan memegang jawatan sebagai Ketua JSJK dengan memangku pangkat ACP, kata Asmawati.

Sementara, Pegawai Turus E4, Cawangan Khas IPK Kuala Lumpur, Supt Izan Bakri dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, IPK Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Ketua JSJN IPK Sarawak, Supt Lukas Anak Aket ditukarkan ke IPK Johor sebagai Ketua JSJN dengan memangku pangkat ACP, katanya. - BERNAMA




PDRM, pertukaran jawatan

Artikel Lain