suria

Kes Jangkitan Virus Rota Meningkat

Pengurus Besar Taman Tema Bukit Merah Lake Town, Kamal Hussein menunjukkan notis penutupan yang ditampal di papan kenyataan kawasan percutian itu pada 29 September 2016. - BERNAMA

IPOH: Kes jangkitan disyaki ada kaitan dengan virus rota yang dipercayai berpunca dari Taman Tema Air Bukit Merah Lake Town dekat Taiping, terus meningkat.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. B. Venugopalan berkata, setakat Khamis, sebanyak 30 kes dilaporkan di tiga buah negeri iaitu di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jelasnya, sebanyak 16 kes dilaporkan di Perak, 11 kes di Kedah dan tiga kes di Pulau Pinang.

"Mangsa paling muda merupakan bayi berusia lapan bulan manakala pesakit tertua berusia 53 tahun.

"Sebanyak 26 kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan kesemua pesakit dilaporkan stabil," katanya.

Menurut Venugopalan, semua kemudahan air di pusat peranginan tersebut masih ditutup untuk tujuan pemeriksaan dan pembersihan.

"Proses pembersihan yang bermula sejak Jumaat akan mengambil masa beberapa hari siap sepenuhnya," ujarnya.

Virus rota kebiasaannya menyebabkan cirit-birit terutamanya dalam kalangan golongan bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada kematian.

Virus Rota

Artikel Sebelum

Warga Emas Positif Zika

Artikel Berikut

Artikel Lain