suria

Pemilik Kedai Maut Dalam Kereta Berkunci

BATU PAHAT: Pemilik kedai berusia 26 tahun ditemui mati dalam kereta yang berkunci berdekatan kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Kelicap, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, nota ditinggalkan oleh mangsa menyatakan bahawa dia tidak boleh menjaga anak serta isterinya kerana ketagihan berjudi.

Menurutnya, mayat berada di tempat duduk pemandu dengan kesan terbakar pada kaki kirinya, pada Sabtu, kira-kira pukul 6.35 petang.

“Siasatan menunjukkan mangsa lemas dalam kereta berkunci akibat asap daripada pembakaran kertas,” katanya.

Wahib juga berkata, pihak polis menjumpai beg, buku nota, empat telefon bimbit, wang tunai RM1,272, 30, kad bank dan dua buku cek di dalam kereta itu.

Pada 29 September lalu, isteri mangsa telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan suaminya itu.

Menurut Wahib, mangsa sudah lama merancang untuk membunuh diri.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah peribadi, Johor Bharu Befrienders sedia membantu di talian 07-331 2300m dari 4 petang sehingga tengah malam setiap hari.

Di Kota Tinggi, seorang operator mesin maut apabila motosikalnya bertembung sebuah lori di kilometer 49, Jalan Johor Bharu Mersing, berdekatan Hutan Lipur Panti.

Mangsa kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.35 malam itu dikenali sebagai Farhan Aziz, 26.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa berada di simpang, di mana lori tersebut ingin membuat pusingan.

Tambahnya, Farhan maut di tempat kejadian namun tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada pemandu lori tesebut.


Kampung Kelicap, Farhan Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Lain