suria

PKR Sabah Masih Kukuh Disebalik Peletakan Jawatan Tiga Pemimpin

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin PKR tidak akan hilang kedudukannya di Sabah susulan tindakan pemimpinnya di peringkat negeri itu meletak jawatan dengan yang terkini Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Presiden PKR itu berkata, walaupun memahami dan empati terhadap keputusan Lajim, bagaimanapun beliau menganggap tindakan wakil rakyat yang dipilih mengabaikan parti yang diwakilinya ketika bertanding tidak seharusnya dibiarkan.

Beliau juga menekankan bahawa PKR adalah parti pelbagai bangsa pertama yang mengiktiraf hak Sabah dan Sarawak, di sebalik kritikan parti itu tidak melakukan sebaik mungkin untuk mereka hingga menyebabkan ada yang meletak jawatan.

"Kami yang menjadikan sambutan Hari Malaysia sesuatu yang bersifat perdana, termasuk autonomi Sabah lebih awal berbanding parti politik lain," katanya.

Lajim yang juga Adun Klias mengumumkan keluarg parti itu pada Ahad dan dijangka menyertai parti yang diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Adun Moyog, Terrence Siambun juga melakukan perkara sama seminggu selepas wakil rakyat di Sabah, Darrel Leiking mengumumkan peletakan jawatannya.

Dr Wan Azizah berkata, selain ketiga-tiga pemimpin terlibat, semua 26 bahagian masih kekal beroperasi seperti biasa dan pihaknya akan mengisi kekosongan jawatan itu.

"Semua 26 bahagian di Sabah termasuk Labuan masih kekal kukuh dan berfungsi seperti biasa.

"PKR Sabah akan terus mempersiapkan diri untuk pilihan raya negeri dan Pusat yang mungkin berlangsung kurang setahun lagi," katanya.

Walaupun Lajim bakal menyertai parti pembangkang, kata Dr Wan Azizah, beliau positif gabungan pembangkang di Sabah dapat bekerjasama untuk memberi saingan pada pilihan raya umum.

"Saya akan terus berhubung dengan semua parti yang komited terhadap Reformasi di Sabah seperti mana yang dilakukan di peringkat Pusat," katanya yang sedar pentingnya mendekati rakyat dan memberi pulangan sewajarnya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau telah meminta Datuk Saifuddin Nasution Ismail menemui pemimpin di Kota Kinabalu minggu ini untuk memastikan persiapan parti itu menjelang PRU14 tidak terganggu.

Artikel Lain