suria

Tumpahan Merkuri Berlaku Di Politeknik Sarikei

Gambar hiasan tumpahan merkuri dibersihkan.

SARIKEI: Kes tumpahan merkuri terbaru di Sarawak dilaporkan berlaku di makmal Poliklinik Sarikei apabila satu termometer patah dan tumpah ke lantai pada Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kahar berkata kejadian itu berlaku apabila termometer yang dikendalikan seorang pegawai perubatan di makmal tersebut patah dan bahan kimia tersebut tumpah ke lantai.

"Kami menerima panggilan pada pukul 1.09 tengah hari dan satu pasukan dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota bomba dan penyelamat yang lengkap dengan pakaian khas dan alat pernafasan masuk ke dalam makmal dan membersihkan tumpahan merkuri tersebut dan kemudian menampal pita pelekat di lantai untuk mengutip saki baki tumpahan,”katanya. 

Selepas itu tempat tumpahan dibersihkan menggunakan cecair peluntur, kata Suna.

Pada Selasa, kejadian tumpahan merkuri dilaporkan berlaku di bilik rawatan kecemasan Pusat Jantung, Kota Samarahan.  -Bernama

Tumpahan merkuri

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan