suria

Quba', Uhud Lokasi Ziarah Terkemuka Di Madinah

MASJID Quba', yang pertama dibina Rasulullah S.A.W dan sahabat sewaktu tiba di Madinah antara lokasi paling kerap dikunjungi jemaah haji dan umrah.

Dibina atas dasar takwa, masjid itu sering dikunjungi  baginda Rasul pada setiap Sabtu sama ada berjalan kaki atau berkenderaan.

Baru-baru ini, 100 jemaah Destinasia Travels Sdn Bhd berkunjung ke masjid itu untuk bersolat sunat.

Selepas itu, jemaah menziarahi Jabal Uhud dan makam syuhada Uhud. Perang Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah iaitu selepas Perang Badar.

Menurut pembimbing haji Destinasia Travels,  Ustaz Nur Zamir Zakaria, perang Uhud mengorbankan  70 tentera Islam, termasuk bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah.

Jemaah kemudiannya berbelanja di ladang tamar dikenali sebagai Telaga Usman. Sebahagian besar membeli tamar, kekacang dan makanan kering.

Masjid Quba', Uhud, Madinah

Artikel Berikut

Artikel Lain