KUALA LUMPUR: Serpihan yang ditemui di Mauritius adalah milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014. Analisis Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mendapati serpihan itu sepadan dengan sayap pesawat tersebut, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pesawat jenis Boeing 777 itu hilang dari radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal. Operasi pencarian pesawat tersebut membawa kepada beberapa penemuan. Dua penemuan serpihan sebelum ini disahkan milik pesawat tersebut. Serpihan pertama ditemui di Pulau Reunion pada Julai 2015 manakala serpihan kedua di Pulau Pemba di perairan Tanzania.