EDISI Hari Sukan Negara 2016 yang disambut pada Sabtu lebih bermakna memandangkan ia turut disambut atlet paralimpian yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio Brazil baru-baru ini. Atlet lontar peluru dalam kategori F20 (masalah pembelajaran) ini bukan sahaja menyumbang emas buat negara, malah turut mencipta rekod dunia dalam acara ini. Ziyad,26, melakukan lontaran 16.84 meter dan berjaya memadam rekod dunia yang dipegang atlet dari Australia Todd Hodgetts (16.29m) ketika di Paralimpik London 2012. Bagaimana pun lontaran terbaharu yang dilakukan Ziyad itu sukar menjadi kenyataan tanpa azam dan kesungguhan dalam dirinya. Ikuti kisah di sebalik kejayaan Ziyad ini yang terpaksa berkorban mental dan fizikal sebelum bergelar juara dunia bersama mStar Online.