suria

Jenama X Naskhah Terkini 10 Kartunis Otai

Datuk Lat diberi penghormatan untuk melancarkan naskhah Jenama X yang dihasilkan 10 kartunis otai di Nu Sentral, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Setelah lama menyepi, seramai 10 kartunis otai tanah air yang dikenali ramai sekitar 1990-an  kembali aktif dengan menghasilkan naskhah berjudul, Jenama X.

Barisan kartunis dengan nama pena seperti Bijan, Tembakau, Sireh, Lengkuas, Nik, Aie, Bawang, Gayour, Sukun dan Ubi tampil memeriahkan industri kartun tanah air kita.

Menurut Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Ubi, idea untuk menghasilan komik terbaharu itu tercetus selepas mendapat maklumbalas peminat.

“Sokongan dan pertanyaan peminat menerusi pelbagai medium tentang penghasilan karya terbaharu adalah sumber inspirasi kami untuk membuahkan naskhah Jenama X ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran baru-baru ini.

Komik Jenama X ini dilancarkan tokoh kartunis negara, Datuk Mohammad Nor atau Datuk Lat, dan dihadiri beberapa pelukis karikatur veteran serta wakil Persatuan Kartunis Malaysia.

Ia menggabungkan 10 cerita pendek dengan pelbagai genre dari komedi, percintaan hingga ke seram dan disampaikan dengan gaya baru serta menepati citarasa setiap peringkat umur.

Komik lebih 200 muka surat itu bakal mengembalikan nostalgia apabila ia dihasilkan dengan  cetakan hitam putih, serta hasil karya yang unik pada setiap ruangan.

Buku ini boleh didapati di seluruh cawangan MPH Bookstore serta di laman web http://www.jenamax.com, dan dijual pada harga RM39.90 senaskhah.


Jenama X, Bijan, Ubi, Datuk Lat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain