suria

Tiong Lai Umum Penubuhan Majlis Pengangkutan Nasional

KOTA KINABALU: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong mengumumkan penubuhan Majlis Pengangkutan Nasional (MPN) bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pengangkutan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata MPN akan menjadi platfrom untuk membincang, mengkaji dan menyelasaikan isu berkaitan pengangkutan yang dihadapi di setiap negeri membabitkan kementeriannya dan semua agensi berkaitan di seluruh negara.

"MPN akan dipengerusikan oleh saya sendiri dan berperanan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Sabah, pada Ahad.

Isu yang bakal dibincangkan dalam MPN termasuk bagaimana merealisasikan pelabuhan Sepanggar sebagai pelabuhan utama negara dan bagaimana mengurangkan kos sara hidup di Sabah melalui program pengangkutan yang berkesan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata sebelum penubuhan majlis itu adalah inisiatif kementeriannya selepas beberapa perbincangan dengan pihak berkaitan pengangkutan termasuk Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

"Majlis itu yang dianggotai wakil dari semua negeri akan mengadakan pertemuan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi membincangkan isu berkaitan pengangkutan yang dihadapi setiap negeri.

Liow berkata MPN adalah satu landasan untuk negeri yang berdepan isu pengangkutan mengutarakan masalah agar perbincangan lanjut dan langkah penyelesaian dapat diambil dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata parti itu terus komited dalam membantu pembangunan di Sabah khususnya dalam bidang ekonomi dan berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, kedudukan MCA khususnya di Sabah semakin kuat dan parti itu juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain